assalamualaikum, penulis mengambil kesempatan untuk berkongsi klip video ceramah agama oleh ustaz don daniyal biyajid dan ustazah asni tv9. semoga dengan video ini dapat memberikan kita ketenangan dan menganugerahkan kita cahaya hidayah yang lebih tenang. insyaallah. sama sama kita tonton ya.
part 1
part 2
part 3
part 4
(sekiranya audio muzik diatas mengganggu anda ketika menonton kilp video, sila la press button pause di atas sana ya.. hehehe. :-) )
sekian untuk kali ini.. sehingga berjumpa di lain post ya.. insyaallah.
terima kasih. assalamualaikum.. :-)
assalamualaikum..
ahlan wa sahlan..
didoakan semua pembaca blog ini dalam keadaan sihat sejahtera dan dikurniakan rezek yg halal.. insyaallah..
post penulis kali ini ialah ttg tarikh 14 febuari.
hehe.. gambar atas ni dah melambangkan apa post penulis kali ini.. :-)
erm ape yg ade pd trikh ini? oke menjawab persoalan itu rasa semua nya maklum bahawa tarikh ini ialah tarikh sambutan hari valentine. ha? tak tahu apa itu hari valentine? oke penulis terangkan menurut definasi momokan barat.. maksud nya ialah hari kekasih sedunia. hari berkasih syg antara kekasih. tak kira la kekasih straight, gay, or lesbian. ha.. yes sebab semua ni diikitiraf oleh barat. dan terkini barat memomokkan hari ini juga untuk kasih syg pada ibu bapa, ahli keluarga dn manusia yg lain. hehe.. betul ke? percaya ke?.. opsssssssss.. kalau jawapan ada: BETUL LAH TU, nampak nya ada memang jahil, atau tidak mahu menerima tegahan ulama mengenai haram menyambut hari ini. hehe.. sori la. tak mau berkasar. tapi itu yg sebenarnya. HARAM bagi umat islam menyambut hari ini. paham ke tak? sememangnya haram. tak perlu spin2 lagi.. hehe.. kenape haram?.. oke penulis menjawab persoalan ini dengan petikan dari status facebook seorang ustaz yg terkenal. hehe.. siapa dia? ini orang nya? http://www.facebook.com/fais.alhajari?group_id=0 ( sila copy paste di web search dn anda boleh kenali dia.. ) hehe...oke. berikut ialah sedikit penerangan dn kritikan serta larangan bagi umat islam menyambut perayaan ini.. :-
AL FADHIL USTAZ FAIS AL HAJARI
" Esok 14 februari. Apa yg best sgt pasal 14 feb nih?
Yaaa..bagi pasangan2 yg kapel, inilah hari yg ditunggu2 iaitu hari
valentine atau dimomokkan sebagai hari kasih sayang. Kononnya inilah
harinya kasih sayang itu wajar diekspresikan.
Baik, kat sini aku cuba ulas skit pasal hari valentine nih.
1) asal usul hari valentine ni banyak versi. Tapi apa jua versi pun, ianya mengarah kepada memperingati sorg paderi kristian yg bernama st. Valentine.
2) yg kelakarnya, sumber2 yg paling boleh dipercayai mengenai hari
valentine ni menyatakan kisah st. Valentine tu langsung x de kena
mengena dgn kasih sayang.
3) versi itu lebih menyatakan st.
Valentine dihukum bunuh oleh maharaja rom kerana menyebarkan ajaran
kristian sedangkan maharaja rom itu beragama jahiliah.
4) jadi
sebetulnya hari memperingati st. Valentine itu lebih kpd mengenang
pengorbanannya yg mati dalam usahanya menebarkan kristian. X de kena
mengena dgn cinta kasih sayang pun.
5) yg kelakarnya, yg dok
lelebih nak rayakan hari valentine ni ialah puak2 yg kapel. Suami isteri
yg sah x kemaruk pun nak sambut valentine la apa la..
6) dalam
usaha barat nak spin, depa momokkan hari valentine ni bukan saja utk
kapel, tp turut menjadi hari ekspresi cinta terhadap mak, bapak, kawan2
dll.
7) tp apa jua spin yg cuba dilakukan, hakikatnya kita ni
diperdaya dgn sambutan sebuah hari yg sebenarnya diadakan utk
memperingati sorg paderi kristian.
8) berapa ramaikah anak dara yg akan hilang dara dan seterusnya akan menatijahkan buang bayi sempena hari kasih sayang ni?
9) ingatlah jika kita meniru sesebuah kaum, kita termasuk dalam kaum tersebut.
10) jangan la kita terus membenarkan diri kita, ahli keluarga kita,
sahabat handai kita terus ditipu dan diperdaya dgn sambutan yg menjurus
kepada haram ini. Kalau korg kapel, nikah cecepat dan ekspresikan kasih
sayang itu 365 hari setahun. X de sapa nak larang.
Kalau kita muslim, say no to valentine's day!"
CREDIT TO USTAZ FAIS AL HAJARI.
oke.. kalau still tak paham lagi disini ada link petikan ceramah ustaz azhar idrus..
jadi kesimpulan nya, sambutan hari valentine tidak boleh disambut oleh mereka yg beragama islam?.. oke jadi jangan la pula di spin hujah berkaitan agama islam ni ye.. hehe.. sesungguhnya umat islam itu perlu menghindarkan diri daripada fitnah Dajjal Laknatullah.. :-) oke lah.. memadailah buat masa ini ya, penulis ada urusan untuk diselesai kan.. jumpa lagi di post akan datang.. hehe.. assalamualaikum... 13/2/2013
hehehe.. penulis cuma nak kongsikan apa yang penulis buat skrg. alhmdulillah semenjak bergelar usahawan kecil sedikit sebanyak mengajar penulis tentang rasa bertanggungjawab dan berusaha serta berani mencuba?.. hehe.. diharapakan sahabat pembaca mendoakan kejayaan penulis ya. insyaallah mengorak langkah perlu bermula dengan kesusahan dan pahit jerih.. amin..
banner gerai saya.. :-)
senarai menu dan harga di gerai penulis.. hehe.. :-)
penulis turut menjual prepaid untuk kemudahan pengguna disini..
hehe.. okey la.. itu sahaja update penulis kali ini.. terima kasih kerana sudi membaca ye.. :-)
assalamualaikum...
post kali ini penulis hendak berkongsi ttg suatu keadaa yg dialami penulis sebelum memulakan perniagaan kecil kecilan.. apa yang dialami penulis ni sebenar nya perkara yang kebiasaannya dialami setiap orang yang mahu bergelar usahawan. apa yang penulis maksudakan ialah sifat dengki orang pada kita.
apa itu perasaan dengki?.. dengki pada bahasa mudah nya ialah perasaan manusia yang tidak suka atau iri hati serta mampu bertindak diluar batasan pemikiran manusia yang normal. seperti mana yang penulis maksud kan penulis juga tidak terlepas dari perasaan dengki manusia ketika mahu memulakan perniagaan. cuma syukur apa yang penulis alami tidaklah sehingga menyebabkan perbuatan syirik dan khurafat seperti sihir dan sebagai nya. cuma cacian dan cercaan dari mulut manusia yang kurang senang dengan sedikit kejayaan yang ingin kita kecapi.
dalam menangani hal ini penulis mengambil pendekatan positif iaitu mengalah dan tidak bertindak menggunakan emosi. alhamdulillah penulis berjaya. apa yang penulis buat ialah berdiam diri dan menunjukkan reaksi yang tidak berdendam walaupun sedang berhadapan dengan manusia yang sedemikian. malah penulis mengambil saranan agama kita supaya kita sentiasa memaafkan manusia yang membuat salah mahupun khianat pada kita. sesungguhnya berkat kesabaran dan kita berdoa supaya hati mereka itu dilembut kan pasti akan membuahkan hasil. alhamdulillah kini penulis mampu berniaga dengan selesa dan tidak ada sebarang gangguan walaupun masih wujud suara2 halus yang memperkecilkan kebolehan penulis. bagi penulis itu semua sebenar nya adalah perangsang penulis untuk terus berjaya dan mungkin suatu hari nanti penulis mampu mengorak langkah kehadapan dan berjaya bergelar seorang usahawan yang berdaya saing.
herm. rasa penulis sekadar inilah coretan kali ini. cuma nasihat penulis. sekiranya kita mempunyai perasaan iri hati dan mahu melakukan khianat ingat lah ALLAH. kita pasti akan dielakkan dari sifat mazmumah itu.. oke.. jumpa lagi di post akan datang. terima kasih..
wasallam :-)
assalamualaikum.. semoga kita semua berada didalam rahmat dan keberkaan illahi hendaknya.. amin..
apa yang penulis hendak titip kan kali ini ialah mengenai pengalaman penulis menyaksikan sendiri satu kejadian yang amat memilukan perasaan..
kejadian yang penulis maksudkan ialah kemalangan yang melibatkan sebuah motorsikal dan kereta. kejadian ini berlaku sekitar satu minggu yang lalu yang mana melibatkan sebuah kenderaan sukan iaitu kereta lumba lasak jenis proton satria dan motorsikal ringan jenama honda ex5 100 cc.. kejadian yang terjadi dihadapan mata penulis dan keluarga bukan sahaja menimbulkan kesan trauma bahkan kekesalan penulis terhadap sikap pemandu kereta yang memandang enteng terhadap penunggang motorsikal yang turut mempunyai hak diatas jalanraya. mengapa ini terjadi? adakah tanggapan pengguna kereta bahawa penunggang motorsikal seorang mat rempit? atau tanggapan bahawa mereka hanya membayar cukai jalan murah berbanding kita yang menggunakan honda city yang perlu mmbayar lebih mahal?.. apakah tanggapan ini benar? seandainya seorang penunggang motorsikal itu seorang tua yang menaiki motorsikal ke masjid apakah dianggap mat rempit jua? apakah perlu dipertikai kan jumlah bayaran cukai jalan yang mereka bayar dan sewenang nya kita tidak mempedulikan hak mereka untuk berkongsi jalan raya? jawapan nya ada dalam pemikiran kita semua. seandainya otak kita berfungsi dengan baik dan akal sempurna pasti jawapan kita positif dan relevan bukan sebaliknya bersikap ego dan bongkak serta berlagak sebagai samseng jalan raya.. ish3.. tepuk dada tanya iman.. :-)
baik lah penulis akan ceritakan kejadian tersebut secara ringkas..
penulis dan keluarga menggunakan dua kereta bergerak menuju rumah saudara di felda serting hilir dengan dua buah kereta buatan malaysia. sepanjang perjalanan kami tumpuan teralih kepada penontong yang menyaksikan perlumbaan kereta lasak disepanjang jalan. penulis yang kurang berminat meneruskan perjalanan bersama keluarga.. sehinggalah tiba di sebuah persimpangan. tiba-tiba suatu kejadian perlanggaran antara sebuah kenderaan peserta lumba lasak berkenaan dengan seorang anak muda yang menunggang motorsikal berbangsa melayu. amat memeranjatkan. kejadiaan dihadapan mata penulis apabila kereta lumba berkenaan keluar secara spontan dari kebun sawit ke jalan besar dan merempuh sebuah motorsikal yang kebetulan lalu. akibat rempuhan kuat itu. motorsikal berkenaan melambung dan penunggang nya tercampak berpusing dan jatuh didalam semak berhampiran. akibat terkejut penulis tergamam dan segera menghentikan kenderaan penulis. penulis bersama ayah dan atuk penulis serta seorang pemandu kereta dibelakang penulis segera keluar membantu mangsa rempuhan tak bertnggungjawab kereta lumba tadi iaitu penunggang motorsikal berkenaan. bahu mangsa patah disamping luka yang mengalir. apa yang mengecawakan penulis ialah anggota rela dan urusetia yang menjaga laluan berkenaan seolah lalai dan menyebabkan kemalangan berkenaan terjadi. hal ini kerana kereta lumba tersebut keluar tanpa berhenti dan kebetulan motorsikal berkenaan lalu. tambah menyakit kan hati penulis ialah apabila urusetia bertugas mengarah kan pelumba berkenaan yang berhenti menjenguk mangsa meneruskan perlumbaan dan mengabai kan sahaja. geram dgn tindakan berkenaan menyebabkan penulis bertindak memberi amaran kepada urusetia berkenaan. penulis mempersoalkan kecuaian tersebut serta mempertikaikan kenyataan urusetia berkenaan tanpa bertindak menghubungi ambulans. setelah itu penulis bertindak menghubungi ambulans dan bertanya kepada mangsa berkenaan. mangsa merupakan seorang anak muda islam yang berasal dari felda serting hilir berhampiran dan mahu pulang ke ibu kota kuala lumpur bagi menyambung pengajian setelah bercuti semester. menurut mangsa beliau tidak mengetauhi kereta lumba berkenaan keluar secara mengejut dan tidak pula ditahan oleh anggota rela berkenaan supaya memberi laluan. sememangya benar pengakuan mangsa kerana penulis menyaksikan kejadian berkenaan. setelah memberi air dan menenangkan mangsa, penulis mengambil keputusan untuk bertanya kepada anggota rela berkenaan ttg kecuaian mereka. jawab nya mudah mereka leka saksikan perlumbaan dan tidak perasan motorsikal mangsa lalu. sekali lagi perasaan marah penulis tiba. penulis bertindak memarahi anggota rela dan mempertikaikan kehadiran nya mengawal lalu lintas atau menyaksikan perlumbaan. dalam muka cuak ketakutan anggota berkenaan mengaku kesilapan nya. dan penulis mencadangkan kepada pemandu kereta dibelakng penulis yg turut membantu dan menjadi saksi membuat laporan polis tentang kecuaian berkenaan. dan setelah ambulans tiba penulis meneruskan perjalanan ke rumah saudara. sepanjang perjalanan perasaan geram, kecewa, sedih dan kasihan menyulubungi sanubari penulis. cuba bayang kan penunggang motorsikal itu tadi ahli keluarga kita, saudara mara atau kenalan rapat kita. bayang kan pula apa kesan mangsa itu tadi akibat kelalaian manusia yang tidak bertanggungjawab. bagaimana dengan pengajian nya? bagaimana dgn perasaan ibu nya? bagaimana dgn kesakitan yg beliau tanggung? dan bagaimana dengan kerosakan motorsikal yang beliau alami?.. dan cuba bayangkan beliau mati kerana rempuhan tadi? bagaimana masa depan beliau? keluarganya yang mungkin menaruh harapan pada beliau atau beliau mengalami kecacatan?fikirkan... adakah kita layak memberi layanan sedemikian kepada penunggang motorsikal? penulis terasa sedih kerana penulis pernah mengalami kejadian sama ketika menunggang motorsikal dihimpit kereta dan kemudian terbabas serta nyaris dilanggar lori. alhamdulillah penulis terselamat. oleh sebab itu penulis kesal dengan kejadian yang menimpa mangsa tersebut dan kesal dgn sikap pengguna jalanraya lain yang tidak tahu menghormati penunggang motorsikal seperti kami. malah penulis kesal kerana hanya penulis dan pemandu dibelakang penulis sahaja yang keluar mmberi bantuan dan yang lain hanya berlalu pergi dan memandang lekeh sahaja. apakah adil tindakan kita? benarkan rakyat malaysia kini semakin zalim? jawapannya tepuk dada tnya selera. dan penulis mengucapkan thniah dan syabas kepada pengguna jalanraya yang lain yang tahu menghormati hak pengguna jalanraya yang lain. sesungguhnya jalanraya yang dibina kerajaan ini milik bersama dan wajar semangat berkongsi itu tidak dicemari dengan sikap angkuh dan ego kita semata mata.
akhir nya penulis berharap agar kita menjadi manusia yang bertimbang rasa dan tahu mnghormati hak orang lain. ingatlah yang nabi pernah bersabda bahawa barang siapa diantara umat nya tidak mempedulikan saudara seagama nya bukanlah dikalangan umat baginda. mahukan kita dihukum kerana kegagalan kita mematuhi hadis berkenaan?. sesungguhnya itu pilihan masing-masing. dan semoga kita antara mereka yang dikurniakan perasaan bersyukur dan tahu apa itu makna berkongsi!
wallahualam..
shukran..
salah kah kami pengguna motorsikal yang menumpang secebis kemudahan yang kerajaan bina?
( gambar google)