assalamualaikum..
semoga kita semua berada didalam rahmat dan keberkaan illahi hendaknya.. amin..
apa yang penulis hendak titip kan kali ini ialah mengenai pengalaman penulis menyaksikan sendiri satu kejadian yang amat memilukan perasaan..
kejadian yang penulis maksudkan ialah kemalangan yang melibatkan sebuah motorsikal dan kereta. kejadian ini berlaku sekitar satu minggu yang lalu yang mana melibatkan sebuah kenderaan sukan iaitu kereta lumba lasak jenis proton satria dan motorsikal ringan jenama honda ex5 100 cc.. kejadian yang terjadi dihadapan mata penulis dan keluarga bukan sahaja menimbulkan kesan trauma bahkan kekesalan penulis terhadap sikap pemandu kereta yang memandang enteng terhadap penunggang motorsikal yang turut mempunyai hak diatas jalanraya. mengapa ini terjadi? adakah tanggapan pengguna kereta bahawa penunggang motorsikal seorang mat rempit? atau tanggapan bahawa mereka hanya membayar cukai jalan murah berbanding kita yang menggunakan honda city yang perlu mmbayar lebih mahal?.. apakah tanggapan ini benar? seandainya seorang penunggang motorsikal itu seorang tua yang menaiki motorsikal ke masjid apakah dianggap mat rempit jua? apakah perlu dipertikai kan jumlah bayaran cukai jalan yang mereka bayar dan sewenang nya kita tidak mempedulikan hak mereka untuk berkongsi jalan raya? jawapan nya ada dalam pemikiran kita semua. seandainya otak kita berfungsi dengan baik dan akal sempurna pasti jawapan kita positif dan relevan bukan sebaliknya bersikap ego dan bongkak serta berlagak sebagai samseng jalan raya.. ish3.. tepuk dada tanya iman.. :-)
baik lah penulis akan ceritakan kejadian tersebut secara ringkas..
penulis dan keluarga menggunakan dua kereta bergerak menuju rumah saudara di felda serting hilir dengan dua buah kereta buatan malaysia. sepanjang perjalanan kami tumpuan teralih kepada penontong yang menyaksikan perlumbaan kereta lasak disepanjang jalan. penulis yang kurang berminat meneruskan perjalanan bersama keluarga.. sehinggalah tiba di sebuah persimpangan. tiba-tiba suatu kejadian perlanggaran antara sebuah kenderaan peserta lumba lasak berkenaan dengan seorang anak muda yang menunggang motorsikal berbangsa melayu. amat memeranjatkan. kejadiaan dihadapan mata penulis apabila kereta lumba berkenaan keluar secara spontan dari kebun sawit ke jalan besar dan merempuh sebuah motorsikal yang kebetulan lalu. akibat rempuhan kuat itu. motorsikal berkenaan melambung dan penunggang nya tercampak berpusing dan jatuh didalam semak berhampiran. akibat terkejut penulis tergamam dan segera menghentikan kenderaan penulis. penulis bersama ayah dan atuk penulis serta seorang pemandu kereta dibelakang penulis segera keluar membantu mangsa rempuhan tak bertnggungjawab kereta lumba tadi iaitu penunggang motorsikal berkenaan. bahu mangsa patah disamping luka yang mengalir. apa yang mengecawakan penulis ialah anggota rela dan urusetia yang menjaga laluan berkenaan seolah lalai dan menyebabkan kemalangan berkenaan terjadi. hal ini kerana kereta lumba tersebut keluar tanpa berhenti dan kebetulan motorsikal berkenaan lalu. tambah menyakit kan hati penulis ialah apabila urusetia bertugas mengarah kan pelumba berkenaan yang berhenti menjenguk mangsa meneruskan perlumbaan dan mengabai kan sahaja. geram dgn tindakan berkenaan menyebabkan penulis bertindak memberi amaran kepada urusetia berkenaan. penulis mempersoalkan kecuaian tersebut serta mempertikaikan kenyataan urusetia berkenaan tanpa bertindak menghubungi ambulans. setelah itu penulis bertindak menghubungi ambulans dan bertanya kepada mangsa berkenaan. mangsa merupakan seorang anak muda islam yang berasal dari felda serting hilir berhampiran dan mahu pulang ke ibu kota kuala lumpur bagi menyambung pengajian setelah bercuti semester. menurut mangsa beliau tidak mengetauhi kereta lumba berkenaan keluar secara mengejut dan tidak pula ditahan oleh anggota rela berkenaan supaya memberi laluan. sememangya benar pengakuan mangsa kerana penulis menyaksikan kejadian berkenaan. setelah memberi air dan menenangkan mangsa, penulis mengambil keputusan untuk bertanya kepada anggota rela berkenaan ttg kecuaian mereka. jawab nya mudah mereka leka saksikan perlumbaan dan tidak perasan motorsikal mangsa lalu. sekali lagi perasaan marah penulis tiba. penulis bertindak memarahi anggota rela dan mempertikaikan kehadiran nya mengawal lalu lintas atau menyaksikan perlumbaan. dalam muka cuak ketakutan anggota berkenaan mengaku kesilapan nya. dan penulis mencadangkan kepada pemandu kereta dibelakng penulis yg turut membantu dan menjadi saksi membuat laporan polis tentang kecuaian berkenaan. dan setelah ambulans tiba penulis meneruskan perjalanan ke rumah saudara. sepanjang perjalanan perasaan geram, kecewa, sedih dan kasihan menyulubungi sanubari penulis. cuba bayang kan penunggang motorsikal itu tadi ahli keluarga kita, saudara mara atau kenalan rapat kita. bayang kan pula apa kesan mangsa itu tadi akibat kelalaian manusia yang tidak bertanggungjawab. bagaimana dengan pengajian nya? bagaimana dgn perasaan ibu nya? bagaimana dgn kesakitan yg beliau tanggung? dan bagaimana dengan kerosakan motorsikal yang beliau alami?.. dan cuba bayangkan beliau mati kerana rempuhan tadi? bagaimana masa depan beliau? keluarganya yang mungkin menaruh harapan pada beliau atau beliau mengalami kecacatan?fikirkan... adakah kita layak memberi layanan sedemikian kepada penunggang motorsikal? penulis terasa sedih kerana penulis pernah mengalami kejadian sama ketika menunggang motorsikal dihimpit kereta dan kemudian terbabas serta nyaris dilanggar lori. alhamdulillah penulis terselamat. oleh sebab itu penulis kesal dengan kejadian yang menimpa mangsa tersebut dan kesal dgn sikap pengguna jalanraya lain yang tidak tahu menghormati penunggang motorsikal seperti kami. malah penulis kesal kerana hanya penulis dan pemandu dibelakang penulis sahaja yang keluar mmberi bantuan dan yang lain hanya berlalu pergi dan memandang lekeh sahaja. apakah adil tindakan kita? benarkan rakyat malaysia kini semakin zalim? jawapannya tepuk dada tnya selera. dan penulis mengucapkan thniah dan syabas kepada pengguna jalanraya yang lain yang tahu menghormati hak pengguna jalanraya yang lain. sesungguhnya jalanraya yang dibina kerajaan ini milik bersama dan wajar semangat berkongsi itu tidak dicemari dengan sikap angkuh dan ego kita semata mata.
akhir nya penulis berharap agar kita menjadi manusia yang bertimbang rasa dan tahu mnghormati hak orang lain. ingatlah yang nabi pernah bersabda bahawa barang siapa diantara umat nya tidak mempedulikan saudara seagama nya bukanlah dikalangan umat baginda. mahukan kita dihukum kerana kegagalan kita mematuhi hadis berkenaan?. sesungguhnya itu pilihan masing-masing. dan semoga kita antara mereka yang dikurniakan perasaan bersyukur dan tahu apa itu makna berkongsi!
wallahualam..
shukran..
salah kah kami pengguna motorsikal yang menumpang secebis kemudahan yang kerajaan bina?
( gambar google)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.