titian usang

titian usang

Thursday, June 5, 2014

ISU CADBURY : APABILA YANG HALAL TETIBA HARAM DAN SETELAH ITU HALAL SEMULA.

As Salamualaikum, Bismillah.. Alhamdulillah.

post pertama yang akan mengutarakan pandangan peribadi penulis didalam isu yang kini semakin hangat diperkatakan iaitu isu halal haram. umum mengetauhi isu ini amat sensitif dan cukup penting serta dipandang serius oleh umat Islam di Malaysia terutamanya. dan selama hari ini kepercayaan ummat Islam di Malaysia adalah amat bergantung kepada sebuah badan keagamaan kerajaan yang didokong oleh ulama ulama kerajaan dan mufti mufti kerajaan yang berhak membuat keputusan dalam muzakarah fatwa untuk menentukan status halal haram sesuatu produk atau perkhidmatan itu iaitu JAKIM.

berbalik kepada isu yang diutarakan iaitu isu status halal sebuah produk coklat jenama terkemuka negara " CADBURY'.. baru baru ini negara digemparkan dengan status halal 2 jenis produk jenama coklat cadbury yang disahkan memiliki DNA KHINZIR iaitu :



berikut ialah bukti yang menyebabkan isu ini tercetus:



manakala ini kenyataan rasmi kementerian kesihatan malaysia yang telah menjalankan ujian:


dan kemudian kehangatan episod ini bertambah rancak apabila KKM sahkan ada kekhilafan keatas ujian yang dilakukan dan sewajarnya setelah ujian kedua barulah ianya boleh disahkan. disini penulis tertanya apakah maksud kenyataan kkm ini, bagaimana pula ujian pertama sudah menyatakan kewujudan dna khinzir ini maka kemudian ujian kedua boleh melepaskan status kandungan berkenaan. astghfirullah, bahkan penulis juga mempersoalkan tindakan kkm yang pada mula mengeluarkan kenyataan rasmi kemudian mengeluarkan kenyataan rasmi seterusnya yang menidakkan kewajaran tindakan pegawai yang menyebarkan maklumat ini tidak mematuhi etika. penulis mahu bertanya apakah tidak beretika tindakan sebegini yang perlu dilakukan kerana ia bersangkut paut dengan kemaslahatan ummah? apakah ada muslihat disebalik ini? boleh tak penulis kait dengan amalan kapitalis? yang mana semua ini boleh diubah ubah demi menjaga periuk nasi dan kepentingan pihak berkenaan? wallahualam. hanya mereka yang bersangkut paut boleh memberi maklum atas persoalan penulis ini. dan penulis juga kesal pada mulanya Jakim yang mengeluarkan kenyataan bahawa coklat ini haram dan perlu dijauhi bahkan mengeluarkan nasihat supaya para pemakannya tidak perlu risau tentang keperluan bersuci dari kesilapan memakan ini membuat U-TURN dengan mengeluarkan kenyataan bahawa kandungan dna khinzir yang ditemui didalam coklat itu tidak terlalu tinggi dan dianggap hanya sebagai subahat ringan. maka seterusnya perhatian terarah dengan kenyataan menteri di jabatan perdana menteri yang menjaga Jakim bahawa coklat ini HALAL dan boleh dimakan. sekali lagi persoalan yang sama berlegar legar di pemikiran penulis. apekah ini? status halal haram boleh diubah. bahkan ia tergesa gesa?



Wallahualam, sewajarnya perkara ini perlu diperjelaskan. bagaimana soal halal haram yang amat penting demi kemaslahatan ummah kini menjadi suatu perkara yang terlalu mudah diubah ubah? dan kekalutan ini perlu segera diperjelaskan dan keikhlasan para mufti dan ulama yang bersama kerajaan amat DITUNTUT kerana ia melibatkan tuntutan syariat yang terlalu jelas. jika andaian penulis benar, bahawa semua ini kerana amalan kapitalisme dan kronisme yang diamalkan maka pihak berkenaan sewajarnya sedar dan kembali semula kepada AL Quran dan AS  Sunnah. dan secara jelas perkara ini jika benar tidak akan diterima oleh ummat islam ditanah air ini. dan harapan penulis biarlah perkara yang bertambah rumit ini diselesaikan dan dijelaskan dengan penuh hemat.

Nasihat penulis hanya satu, sebagai pengguna untuk terlalu yakin dengan status Halal itu walaupun berlabel dan disahkan oleh badan agama diiktiraf perlu berhati hati. sebolehnya ambil jalan selamat untuk meyakini barang dan produk yang mana dikeluarkan oleh syarikat Muslim. bukan mahu bersifat bias namun ini perlu dikala situasi halal haram kini amat tegang dan merumitkan. dan pihak berkenaan yang menjaga persoalan halal haram, tolonglah bersikap adil dan menjadi penegak yang benar kepada sekelian umat Islam ditanah air yang bergantung sepenuhnya pada kalian dan bukan menjadi pendokong kepada sesuatu pihak hanya kerana pihak berkenaan mendatangkan keuntungan.

p/s: KATAKAN YANG BENAR WALAUPUN PAHIT.  :-)

                                                 (respon cadbury setelah dihalalkan semula)
* post ini adalah pandangan peribadi penulis dan sekadar luahan rasa penulis yang terkilan dengan status halal haram ditanah air. sebarang komen oleh pembaca adalah diluar tanggungjawab penulis.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.